Saturday, November 17, 2007

Berkhatan adalah suruhan Allah

Cuti sekolah adalah masa yang terbaik bagi anak-anak anda berkhatan. Berkhatan adalah suruhan agama dan lazim dilakukan semasa kanak-kanak. Muhammad Al-Faateh dan Muhammad Al-Fathy yang berumur 7 tahun berkhatan pada hari ini iaitu Ahad bersamaan 18 hb. November 2007 di sebuah klinik di Johor Bahru.

Selepas memunaikan solat subuh bersama ayah dan ibunya, Muhammad Al-Faateh dan Muhammad Al-Fathy bersiap sedia, mandi, membersihkan tubuh badan dan memakai pakayan yang kemas untuk pergi ke Klinik.

Kakak dan abang sibuk membantu mereka berdua untuk menjalankan urusan ajaran agama Islam yang suci ini. Berkhatan adalah usaha untuk membersihkan anggota sesaorang lelaki dari najis. Orang yang berkhatan apabila selepas membuang air kecil akan bersih apabila mencuci kemaluannya. Oleh itu ia akan benar-benar bersih tubuh badan apabila hendak bersolat. Orang yang berkhatan juga menandakan orang itu telah melalui satu peringkat yang lebih dewasa kerana dia berani untuk berkhatan.

Marilah kita semua berdoa semoga amalan khatan ini dipermudahkan Allah. Amalan khatan adalah satu ibadah dan Allah suka dan sayang kanak-kanak yang bersih dan suci.