Friday, April 4, 2014

Pak Uda, Mak Uda & Mak Andak Menunaikan Ibadah Umrah

Alhamdulillah, pada 3 April 2014, 2 beradik (Ani dan Anom)  dan Jamal (suami Anom) telah berlepas ke Jeddah dan kini sudah menjejak kaki ke Madinah. Suatu perjalanan yang syahdu. Tahniah buat mereka bertiga dan juga Atok Abah Md Salleh Hj Othman yang memudahcarakan urusan ini. Semoga ianya memberikan kebaikkan kepada mereka dan seluruh keluarga.

Di do'akan mendapat Umrah yang mabrur.
Aiman antara yang menghantar ke LCCT Sepang, sebagai wakil Pak Log dan Mak Long.

PENGERTIAN UMRAH 
Umrah pada syara' ialah menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan Tawa, Sa'ie, Bercukur/ Bergunting dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajibnya. 

Daripada Ibnu Umar r.a :
" Tidak ada seorang pun melainkan wajib baginya sekali Haji dan sekali Umrah kerana disebut kedua-duanya serentak ( Al-Quran - Ayat 196 - Surah Al-Baqarah ) sebagai perintah. Perintah bererti wajib, maka Umrah wajib seperti Haji". ( Imam Bukhari - Bab Umrah )


Keistimewaan haji dan Umrah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik






عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad

فإن لك من الأجر إذا أممت البيت العتيق ألا ترفع قدما أو تضعها أنت ودابتك إلا كتبت لك حسنة ورفعت لك درجة وأما وقوفك بعرفة فإن الله عز وجل يقول لملائكته يا ملائكتي ما جاء بعبادي قالوا جاؤوا يلتمسون رضوانك والجنة فيقول الله عز وجل فإني أشهد نفسي وخلقي أني قد غفرت لهم ولو كانت ذنوبهم عدد أيام الدهر وعدد رمل عالج وأما رميك الجمار قال الله عز وجل { فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين جزاء بما كانوا يعملون } وأما حلقك رأسك فإنه ليس من شعرك شعرة تقع في الأرض إلا كانت لك نورا يوم القيامة وأما طوافك بالبيت إذا ودعت فإنك تخرج من ذنوبك كيوم ولدتك أمك رواه الطبراني

Sesungguhnya jika kamu keluar dari rumahmu menuju Rumah suci (Ka’bah), tidaklah hewan tunggaganmu meletakkan telapak kaki dan mengangkatnya melainkan Allah telah menuliskan bagimu dengan satu kebaikan dan menghapuskan darimu satu kesalahan Adapun wukufmu di Arafah, maka sesungguhnya Allah akan turun ke langit dunia, lalu bertanya kepada para malaikat apakah yang dikehandaki oleh hamba-hambaku ? lalu para malaikat berkata ; Mereka memohon keredhaanMu dan syurgaMu. Maka Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Aku bersaksi bahawa Aku telah mengampunkan segala dosa-dosa mereka meskipun dosa-dosa mereka sebanyak jumlah hari dlm setahun ataupun sebanyak butiran pasir. Adapun setiap lontaranmu ke jamrah, Allah SWT berfirman : Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan - terjemahan ayat 17 Surah as-Sajadah, sementara apabila dia mencukur kepalanya, maka tidaklah jatuh sehelaipun rambutnya melainkan ia akan menjadi cahaya di hari kiamat. Sementara selesai mengerjakan tawaf Wada', maka keluarlah (diampunkan) segala dosanya seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya (tiada sebarang dosa). (Riwayat Thabarani dalam kitab معجم الأوسط Albani dlm kitabnya صحيح الترغيب والترهيب telah mengkelaskan hadis ini sebagai hadis Hasan).






Hijir Ismail

Dulu Hijir Ismail berbentuk lingkaran penuh tetapi pada zaman quraisy terjadilah perbaikan dan terpotong separuh lingkarannya dengan demikian disebut:Hathim yang artinya terpotong. Hijir yaitu tempat dimana Ibarahim as meletakan istrinya Hajar dan putranya Ismail. Ia memerintahkan Hajar untuk membuat bangsal di tempat itu. Ada pula yang meriwayatkan bahwa nabi Ismail as dan ibunya dikubur di Hijir Ismail. Banyak riwayat yang menjelaskan bahwa Hijir ismail atau Hathim ini adalah bagian dari kabah (kira-kira 3 meter) oleh sebab itu tidak sah thawaf seseorang jika hanya mengelilingi Ka’bah tapi harus juga mengelilingi Hijir Ismail.

Dulu Hijir Ismail termasuk bagian dari Ka’bah, makanya saat thawaf diharuskan mengelilinginya. Pada masa Quraisy Ka’bah mengalami perombakan. Setelah dirombak, bangunan asli Ka’bah berobah dengan bangunan yang dibangun oleh Nabi Ibrahim as dan mengalami penyempitan. Penyempitan itu terjadi di daerah Rukun Syami, sehingga membuat Hijir Ismail tidak lagi masuk dalam Ka’bah. Hijir Ismail seolah-olah berada di luar bangunan Ka’bah dan bentuknya seperti yang kita lihat sekarang. Hal ini dikuatkan melalui Hadits Rasulallah saw. Siti Aisyah ra. pernah bertanya kepada rasulullah saw. mengenai dinding hijir ismail.Apakah ia bagian dari rukun suci ini? Nabi menjawab: “betul”. Kemudian Aisyah bertanya lagi: Mengapa mereka tidak memasukkan sekalian sisanya ke kabah? Nabi menjawab:”sebab kaummu kekurangan dana.” (H.R. Nasa’i)

Pada zaman Abdullah bin Zubair menjadi penguasa Makkah, beliau berkehendak mengembalikan Ka’bah sesuai dengan bentuk yang dibangun oleh Nabi Ibrahim as. Setelah dimusyawaratkan dengan pemuka pemuka Makkah, beliau melakukan hal tersebut, ia menghancurkan Ka’bah dan membangunnya kembali. Ia memasukkan hijir Ismail (batu setengah lingkaran yang berada di halaman Ka’bah) ke dalam bangunan Ka’bah, lalu membuat dua pintu Ka’bah yang rata dengan tanah, satu arah timur dan satu arah barat. 

Pada kekuasaan Abdul malik bin Marwan, ia memerintahkan Hajjaj bin Yusuf Ats-tsaqafi untuk menutup pintu Ka’bah bagian barat yang dibuat oleh Ibnu Zubair ra dan menghancurkan bangunan tambahan di Hijir Ismail yang masuk ke dalam bangunan Ka’bah. Kemudian Hajjaj menutup pintu Ka’bah bagian barat dan membongkar dinding ke arah Hijir ismail sehingga terpisah dari Ka’bah. Demikianlah bentuk Ka’bah dibiarkan dalam posisi sepeti itu sampai sekarang ini.

Menurut riwayat dari Aisyah ra. bahwasanya beliau berkata:”Aku ingin sekali masuk ke kabah dan sholat didalamnya, lalu rasulullah saw. menarik tanganku dan membawanya ke dalam hijir ismail, sambil berkata:”Sholatlah di dalamnya jika engkau ingin masuk kabah, karena ia merupakan bagian dari Ka’bah”

Setengah lingkaran Hijir Ismail membentang sepanjang 21,57 meter. Garis tengah dari Rukun Hajar Iraqi dan Rukun Syami 11,94 meter, dan dari dinding Ka’bah ke bagian dinding dalam 8,42 meter. Lebar kedua sisi pintunya 2,29 meter, panjang dari pintu ke pintu 8,77 meter. Di dalam Hijir Ismail yang kecil itulah orang berebutan masuk, shalat dan berdoa meminta apa saja sesuai dengan hajat masing-masing. Konon do’a yang paling mustajab di Hijir Ismail dilakukan di bawah talang air.

Sejak terpisahnya dari dari Ka’bah, Hijir Ismail mengalami perbaikan. Dan orang yang pertama kali memperbaiki Hijir Ismail dengan memasang marmer pada pilar Hijir adalah Abu Ja’far Manshur, khalifah Bani Abbasiah, pada tahun 140 H. Demikian seterusnya Hijir Ismail mengalami pembaharuan dari tahun ke tahun sampai sekarang ini.



Keutamaan Maqam Ibrahim

Maqam Ibrahim juga dieja (Makam Ibrahim) merupakan binaan yang mengandungi batu hampar kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah . Ia bukanlah kuburan Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Sebaliknya di dalam binaan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan dengan batu-batu kecil lain yang terdapat di Hajar Aswad [1] . Di atas batu Maqam Ibrahim ini, Nabi Ibrahim pernah berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah disamping puteranya Nabi Ismail a.s. memberikan bongkah-bongkah batu kepadanya.

Batu Maqam Ibrahim dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak . Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas
dilihat.

Atas perintah Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi di sekeliling batu Makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Definisi
Dari sudut bahasa, "al-maqam" beerti "tempat kaki berpijak". Maka, Maqam Ibrahim merupakan sebuah binaan dengan batu kecil
yang dibawa oleh Nabi Ismail a.s. ketika membangunkan Kaabah, batu ini telah digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s. untuk berdiri bagi melengkapkan susunan bongkah-bongkah batu untuk membina Kaabah.

Apabila Nabi Ismail menghulurkan bongkah-bongkah batu kepada Nabi Ibrahim, NabiIbrahim akan menyusunnya pada Kaabah, maka dari itu Kaabah pun semakin tinggi, batu tempat Nabi Ibrahim (Maqam Ibrahim)
pun turut naik seperti lif. [2] 

Diantara keutamaan/kelebihan Maqam Ibrahim adalah, bagi dijadikan tempat menunaikan solat . Al-Quran telah merakamkan keutamaan ini seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat 125 yang bermaksud: “ Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat ”

Terdapat juga hadis sahih, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir mengenai sifat Haji Nabi bahawa: "Ketika sampai di Kaabah bersama Rasulullah , baginda langsung mencium rukun Hajar Aswad, kemudian berlari-lari kecil tiga putaran, dan (selebihnya) yang empat putaran dengan jalan biasa (Tawaf). Lalu baginda ke Maqam Ibrahim dan membaca: "Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat", dan menjadikannya berada diantara dirinyadan Kaabah". [3]

Kemudian, dijelaskan juga, batu yang menjadi hamparan bagi dipijak oleh Nabi Ibrahim itu asalnya dari Syurga. Nabi Muhammad bersabda Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ialah batu-batuan dari syurga, seandainya Allah tidak melenyapkan cahaya (dari) kedunya, nescaya ia akan menerangi Timur dan Barat seluruhnya. Sementara dalam riwayat dari Imam al-Baihaqi, disebutkan seandainya bukan kerana dosa dan kesalahan anak cucu Adam, maka keduanya (batuan itu) mampu menerangi Timur dan Barat. [4]

Menurut Imam Hasan al-Basri dan ulama- ulama tersohor lain, berdoa dibelakang Maqam Ibrahim akan dikabulkan oleh Allah. [5]

Rujukan

1. ↑ Al-Ihsan fi Taqrib Sahih ibn Hibban (3710); al-Sunan al-Kubra li al-Baihaqi, 5/75, Hadis Sahih.

2. ↑ Al-Jami' al-Lathif, halaman 20; Syifa' al- Gharam, 1/202; Mutsir al-Gharam, halaman 173.

3. ↑ Sahih Muslim, al-Hajj,(1218)

4. ↑ Al-Ihsan fi Taqrib Sahih ibn Hibban (3710); al-Sunan al-Kubra li al-Baihaqi, 5/75, Hadis Sahih.

5. ↑ Risalah al-Hasan al-Basri, Dlimna Akhbar Makkah li al-Fakihi, 2/291.

Wafa' Dilahirkan - Menyambung Generasi Dakwah Insya Allah

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, perkahwinan Muhammad Aiman / Aiman Khairul Azzam & Syifa' Rahiman telah melahirkan anak pertama pada 11 Mac 2014 / 9 jamadil awal 1435 H di hospital pakar Ampang Specialist.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...!
“Semoga Allah memberkahimu pada bayi ini dan semoga Allah menjadikannya sebagai anak yang berbakti dan bertakwa.”

Seluruh keluarga bergembira, lebih-lebih lagi abah dan ummi yang dikurniakan cucu pertama.