(ANTARA PANDUAN YANG DIGALI DARIPADA AL-QUR’AN - SURAH LUQMAN)
Semua ibu bapa mengharapkan untuk memiliki anak-anak yang baik. Anak-anak adalah ‘harta’ yang paling bernilai. Memang benar sangat bahawa anak-anak adalah lebih berharga dari tanah ladang, rumah dan kenderaan yang baik. Ini adalah kerana anak-anaklah yang akan mampu menolong kita apabila kita kembali kepada Allah swt. Oleh itu jika kita sebagi anak-anak kepada kedua ibu bapa perlulah memahami perkara-perkara asasi. Antaranya adalah :-
1. Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad. Kerana ia merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar. Keimanan yang mantap sesaorang akan memastikan segala amalan dan doa’ diterima Allah swt.
2. Berbuat baik kepada kedua ibubapa. Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya dan dijaganya sehingga besar. Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
3. Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
4. Jangan lupa Allah melihat segala gerak geri kita. Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun
5. Mendirikan solat – Solat adalah tiang agama, jangan sampai agama kita ‘tempang’ disebabkan mengabaikan solat.
6. Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota walaupun kepada keluarga dan anak-anak. Dakwah bukan tugas para ustaz dan pendakwah sahaja !.
7. Bersabar dan redha diatas segala dugaan
8. Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.
9. Bersederhana dalam segala perkara.
10. Bersikap lemah lembut dan beradab sopan
(Article asal dari Abjad Net)
Sunday, September 30, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)