Friday, October 12, 2007

SELAMAT HARI RAYA

Khususnya kepada semua Yaii-yaii dan Nyai-nyai warga Kabare, seterusnya kepada semua sanak saudara dan anak cucu-cicit. Marilah kita sambut kedatangan Syawal 1428 ini dengan penuh KEGEMBIRAAN, KEINSAFAN dan KESYUKURAN kepada Allah swt yang mengurniakan segala kenikmatan dan peluang hidup dan menyambut Hari Raya AL-Mubarak tahun ini.

Marilah kita meningkatkan azam untuk terus mentaati ALLAH swt dalam keadaan khusus mahupun umum seterusnya menghubung dan mengeratkan silaturrahim sesama warga KABARE dan sesama Islam.

Selamat Hari Raya, Takaballahu-minna-wa minkum. Semoga ALlah menerima segala amalan kita dan memberkati kehidupan di dunia hingga hari akhirat.

Editor Blog Salam KABARE

Thursday, October 11, 2007

Akhir Ramadhan

Hari ini adalah 30 Ramadhan 1428, beberapa jam lagi akan berlalu Bulan Kerahmatan, Bulan Keampunan, Bulan Hidayah, Bulan Anugerah. Cuaca di JB cerah dan keadaan damai serta hening dikediaman penulis.
Seolah-oleh tergambar bagaimana Allah Rabbul Jalil sedang mencurahkan rahmat dan anugerahnya kepada hamba-hambaNya yang telah melalui Ramadhan kali ini dengan keikhlasan dan komitmen seorang hamba Allah yang beriman, bertaqwa dan beamal.
Sinaran suria yang memberikan sumber tenaga dan kehidupan makhluk benar-benar merupakan rahmat dan rezeki ... bagi mereka yang berfikir ... bagi mereka yang insaf.

Hai anak adam, marilah kita insafi, rahmat dan kurnia ALlah swt tidak terperi ... saban saat kita semua kecapi. Jangan di lupa, jangan diingkari.

Ramadhan yang akan berlalu TIDAK akan dapat kembali lagi. Tahun hadapan jika dizinkan ALlah mungkin menjengguk lagi.
Apakah yang aku telah lalui Ramadhan kali ini?
Adakah aku telah mengambil sepenuhnya peluang dan kesempatan kurnia Ilahi?
Allah juga yang maha mengerti.

Ya ALlah terimalah sedikit amalan yang ku mampu lakukan.
Aku insaf diatas keterbatasan dan kelemahanku.
Kurniakanlah kekuatan bagi aku meneruskan misi sebagai hambaMu.
Sesungguhnya Tanggungjawab yang Engkau taklifkan sengat berat untuk ku lakukan.
Namun rahmat dan taufiq Mu yang kan mampu membantu.

Wassalam.

Wednesday, October 10, 2007

ANAK CEMERLANG

FCIRI-CIRI ANAK CEMERLANG
Cemerlang bukan bermakna semata-mata pandai dan beroleh kerjaya yang baik. Cemerlangnya sesaorang bersifat menyelouruh meliputi Kecemerlangan Fikiran, Kecemerlangan Iman, Kecemerlangan Akhlak dan Kecemerlangan Tubuh Badan dari segi kesihatan dan kecerdasan.
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Ali-Imran 110)

Orang yang cemerlang secara ringkas mempunyai ciri-ciri utama seperti;
1. Taat dan patuh pada agama.
- Betul akidahnya.
- Baik akhlaknya.
- Taat dan melaksanakan syariah Islam dalam ruang-lingkup kekuasaanya.
F2. Taat dan patuh pada ibubapa.
F - Menggembirakan ibubapa.
F - Tidak melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh ibubapa. - Menghadiahi ibubapa dengan kejayaan.
F - Menjaga ibubapa setelah dewasa.
(... akan bersambung Insya Allah)