Monday, May 26, 2008

Kelahiran Baby Boy


Alhamdulillah hari Isnin jam 7.32 pagi lahirnya seorang baby boy yang merupakan anak ke 4 Mohd Za'i dan Sapura di Women Hospital Adelaide. Selamt dan sihat baby dan emaknya.
sekitar jam 4 ptg dibenarkan balik kerumah. Semoga lahirnya seorang lagi mujahid pejuang Allah.
Gambar bersama nurse pelatih yang membantu proses kelahiran baby boy. Baby di azankan oleh ayahnya sebaik dilahirkan.

Babi ditengah orang ramai di bandar Adelaide


Saya nampak buat pertama kali di dalam gambar di Univ of Adelaide. Agak pelik?? tapi benar. Semasa berjalan-jalan di tengah bandar ... ternampak anak-anak menunggang, orang seolah-olah berbual dengan 'babi' ....
3 ekor babi buatan benar-benar berada ditengah-tengah orang ramai di bandar Adelaide. Lagaknya yang satu menyusur mencari makanan, yang satu lagi memanjat tong sampah mencari makanan, yang sekor lagi menghadap orang yang duduk dibangku dengan harapan mendapat makanan dnegan mengacukan muncungnya. Apakah agaknya maksud patung-patung itu di buat di situ? Kenapa babi dan bukan binatang lain? Aku masih tak ada jawapan...?

Nyaii Sinah shopping di Runddle Mall Adelaide


Runddle Mall adalah pusat membeli belah bagi bandar Adelaide. Berbagai gedung besar dan berjenama beroperasi di sini. Ia juga adalah syurga membeli belah bagi pelancung di Adelaide. Nyai Sinah ditemankan anak dan cucu-cucu

menimba pengalaman 'window shopping'. Allah sememang menganjurkan umatNya berjalan detempat orang (melancung) kerana ALlah dan melihat kebesaran ALlah dan gelagat manusia menjalani kehidupan masing-masing dan berbagai... agar menjadi pengajaran dan panduan mana yang baik. Yang salah dijadikan iktibar dan keinsafan.

Nasi lemak, teh tarik dan sate di Adelaide


Alhamdulillah, dengan usaha gigih seorang rakyat Malaysia yang sederhana, telah berjaya mewujudkan "swining bowl sate" - sebuah restoran di tengah-bandar adelaide dan di hujung kampus University of Adelaide. Beberapa masakan melayu dan Halal dijual dan kami sempat makan tengah hari.
Usaha Pak Cik Azam itu adalah juga suatu fardhu kifayah dan dimaklumkan ramai Malaysian termasuk orang cina datang mendapatkan makanan ala malaysia. Orang putih pun ada yang datang makan juga. Alhamdulillah.

Solat Jumaat di Community Mosque


Jumaat sekitar jam 12.15 bertolak ke masjid berdekatan rumah untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat. 12.30 masuk waktu Jumaat. Azan dikumandangkan ta

npa mikrofon kerana kebiasaan bagi masyarakat Australia, azan jika dikumandangkan keluar masjid dikira suatu ganguan. Masjid dipenuhi orang islam dari pelbagai bangsa seluruh dunia yang tinggal atau belajar di Adelaide. Imam yang menyampaikan khutbah dari Afghanistan dan menyampaikan asas amalan Islam berkenaan pakaian mengikut ajaran Islam dan garispanduan berhias dalam Islam. Tajuk sangat berguna dan ditujukan kepada para bapa khususnya bagaimana harus mengajar dan memberitahu isteri dan anak-anak cara berpakaian yang mengikut syara' berasaskan Qur'an dan hadith. Antara nya garispanduan pakaian wanita Islam harus longgar, tidak menunjukkan tubuh badan, menutupi keseluruhan tubuh kecuali muka dan tidak jarang.

Perjumpaan dengan malaysian students


Alhamdulillah ALlah beri peluang berjumpa keluarga Malaysian di Adelaide. Dengar penyampaian dan berkongsi pengalaman. Ramai yang hadir adalah keluarga yang telah beristeri dan beranak dan telah berkhidmat sebagai profesionals di Ad

elaide lebih dari 5-10 tahun.

Anak dan isteri juga turut hadir. Semoga mereka dipermudahkan ALlah dalam urusan menjaga iman dan amal dakwah mereka.

Friday, May 23, 2008

Five years study with MSc Arch @ Univ of Adelaide

Syatem implemented in Univesity of Adelaide is among the very new implemented in the world. In a convensional program, studnets taking architecture course can only obtained B.Arch after 5 years of studied. The integration of the subjects in the studio program is also another unique and new approach in Architectural studies.

Wednesday, May 21, 2008

Karimah Comel in Pre-Kindergarten


This tiny girl is able to talk english fluently because she is now joining pre-Kinder at Adelaide. Since she is only 3 years plus, she only go to kindergaten 3 time a week. Today Wak zin sent her and pick her from kinder.
Be a good and clever girl ok...

3 years B.Arch Study & 2 Yrs Master of Arch.


Adelaide University School of Architecture implement 3 + 2 program. Students will obtained B.Arch Study upon completion of 3 years of his/her study. Students may continue another 2 years for their Master in Achitecture. This program in principle is similar in Malaysia but different in term of degree awarded.

Another unique program in Adelaide is the integration methods in T&L between Studio and subjects. Subjects tought such as structural, environmental, construction and teory are integrated in the studio programs.
Di depan salah satu projek pelajar 'upper years'.

Berkongsi Office dengan Prof Antony


Pihak Universiti Adelaide memberikan kunci kepada tetamu istimewanya menggunakan kemudahan yang ada di fakulti. Sedang meneliti buku yang ditulis oleh Prof Antony.

Tuesday, May 20, 2008

Train-Bus @ Adelaide !!

Perkhidmatan Bas agak efficient di Adelaide. Kebetulan rumah cik mamat berdekatan dengan station bas. Peliknya bas ini boleh berjalan di dua jenis jalan - Jln Keretapi & jalanraya .... Ini satu-satunya teknologi yang belum pernah di lihat dimana-mana.

Hashya di sekolah


Ikan Besar


Cik Mamat mengail dapat Ikan besar


Alhamdulillah, baru-baru ini cik mamat memancing di sungai berdekatan rumah dan dapat ikan seberat 15 kilo dan sepanjang 2kaki. Nak siang ikan tu mengambil masa. Tengok tu Nyaii pun terpegun tengok ikan sebesar tu...

Nyaii pi shopping



Nyaii malam ni pergi shopping dengan Faiqah. Banyak belanja dapur dibeli di super market. Tapi hati-hati sikit, banyak barang-barang makanan yang ada kandungan tidak halal di luar negara. Jadi kena teliti kandungannya agar tidak terbali yang haram.

Monday, May 19, 2008

Nyai Sinah Di Adelaide Australia


Alhamdulillah kini hari kedua Nyai Sinah berada di Adelaide menziarahi anak bongsunya Mohd Za'i dan kelaurga. Nyai Sinah ditemani anaknya PM Dr Mohd Zin dan Ibu Cik Sapura. Insya ALlah Cik Sapuran yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD akan bersalin anak keempat. Mungkin Nyaii Sinah akan berada di Adelaide selama dua minggu.

Cuaca di Adelaide agak sejuk, suhu sekitar 17 deg. C. Gambar kelihatan Nyaii Sinah dan anak serta cucu bersiap untuk solat. Pemanas bilik kelihatan di hadapan bilik kerana suhu sejuk menyelubungi luar rumah dan masuk ke rumah juga.

Doa' kan Nyai Sinah sihat walaupun di Adelaide cuaca musim sejuk.

Pertemuan dengan Prof Dr Anthony Radford


Sebagaimana yang dirancang pertemuan PM Dr Mohd ZIn dengan Prof Anthony. Kelihatan mereka bertukar-tukar kad. Pada hari pertama mereka sempat berbincang awal mengenai program architecture di kedua-dua universiti, menghadiri seminar dan makan tengah hari bersama di restoran kepunyai Orang Malaysia dan makan Sate serta Milo Tarik ditengah-tengah bandaraya Adelaide.


PM Dr Zin juga diberikan kunci bilik dan meja bagi membolehkan beliau menjalankan kerja dan urusan rasmi bersempena lawatan penyelidikan dan akademik di University of Ade

laide.

Model sebagai media penghasilan idea dalam rekabentuk


Suatu yang menonjol di University of Adelaide tentang pengajaran dan pembelajaran Architecture ialah penggunaan model yang menjadi suatu 'kemestian'.

Lawatan ke studio


Dr Zin bertanya sesuatu tentang hasil project studio yang dihasilkan pelajar Universiti of Adelaide.

Meninjau kerja-kerja studio Pelajar Architecture

Berbincang dengan pelajar di pamiran kerja-kerja pelajar

Mula menjalankan tugas rasmi di University of Adelaide


AP Dr zin hari ini mulai melakukan tugasan rasmi iaitu ke Faculty of Architecture, Landscape & Urban Design, University of Adelaide. Kelihatan beliau sedang membentangkan kertas kerja kepada Profesor-profesor dan pelajar PhD di Adelaide. Beliau ditemani oleh Mohd Za'i. Sambutan dan layanan oleh pihak University di sana sangat memuaskan dan dr zin diberikan kunci bilik dan meja untuk menjalankan kerja-kerja di University of Adelaide sehingga 29 Mei 2008.
Dr Zin juga berkesempatan mengadakan perbincangan mengenai aktiviti penyelidikan dan akademik. Antara lain beliau meninjau hasil kerja-kerja pelajar architecture di University of Adelaide.
Mengenai kemudahan di fakulti, tiada makmal khusus di sini. Para pelajar Master dan PhD lazimnya terus menjalankan kajian dan penyelidikan di lapangan.

Faeqah & Hasya ke sekolah


Tengok dua beradik tu... seronok ke sekolah. Mereka petaah berbahasa inggeris sekarang! Alhamdulillah, semoga cepat pandai dan soleh-solehah.

Nyai dan cucu ready for solat


Alhamdulillah kelihatan cucu kesayangan Faiqah dan Hasya sedang bersedia untuk solat bersama nyaii dan ayahnya Mohd Za''i. Kelihatan kotak bersacaya di sebelah itu ialah sistem pemanas bilik di rumah yang dipasang kerana ketika ini di Adelaide sudah masuk musim sejuk dan suhu di luar di bawah 20oC dan kesejukkan juga dirasai dari dalam rumah. Sebab itu di sini memerlukan pemanas bilik dan semua pintu dan tingkap luar mesti di tutup rapat.

Saturday, May 17, 2008

Lemon taste Grape Fruit at the back of Hasya's Home

Faiqah, Hasya, Karimah at the back of their home with Wak Zin. You can see them holding grape Fruits at their house compound. Do you have this type of tree in your country?

Buying Afghan Fresh Bread


The unique thing I ever experience is where a muslim community line up in a muslim community mini market in Adelaide buying fresh bread for their daily meal. To experience that, I am also joining them buying 4 pices of fresh & hot bread at $1.00 a piece (One Australian dollar = RM3.00). Then we took home those breads and enjoy eating it together with Cik Mamat's family, Opah and Nyaii.

Abah di Masjid dengan CIk Mamat


Alhamdulillah zuhur masuk jam 12.23am dan abah berkesempatan solat Zuhur di Wandana Mosque, a community mosque with a religious school nearby. This is a photos of Afghanistan's children at the mosque. This mosque has been built by a muslim community live in Adelaide. Alhamdulillah most of them are prctising Muslim in a none-muslim state. May ALlah help them in performing their duty towards ALlah the Crator of mankind.

Arrived at Faiqah's House in Adelaide


Alhamdulilah dah sampai kami di pintu rumah Faiqah, Hasya, Karimah ... sei comel-comel tu.

Mereka begitu gembira menerima ketibaan Opah dan Nyaii ... tengok tu... mereka dah besar dan ceria. Alhamdulillah. Rumah mereka ialah rumah bungalow setingkat dan luas, Opah dan Nyai akan tidur di bilik mereka bertiga. Rumah mereka memasang 'Heating' untuk memanaskan penghuni di dalam bilik kerana sekarang adalah musim sejuk (winter). Opah dan nyaii pun kena pakai setoken dan jeket sepanjang masa di rumah.

Nyaii di Dalam kapal Terbang



Nyaii dan aba di dalam flight. Hidangan makanan malam Nasi kari Ikan, Roti, Salad, sepotong kek dan air jus untukNyaii. Abah pula makan pasta.

Sebelum mendarat sekali lagi hidangan ringkas saapan dihidangkan. Vukuplah mengalas perut sebelum turun dari kapalterbang. Perjalanan 8 jam agak memenatkan juga, tapi ALhamdulillah perjalanan selamat.

Sanak saudara menghantar di KLIA


Keluarga menghantar di KLIA, kelihatan Nyaii Sinah duduk di kerusi roda, juga kelihatan wak Dolah, Wak Said, Wak Esah, Wak Siti dan Wak Adam.
Nyaii Sinah ditolak dengan kessi roda oleh petugas MAS sehingga di pintu Kapalterbang. ALhamdulillah taklah nyaii penat sangat. Maklumlah Nyaii dah tua dan uzur. Tetapi niat suci untuk memenuhi hajat seorang anak, terpaksa jua ditempuhi. Alhamdulillah.

Bertolak dari Rumah Mak CIk Siti


Doa' keselamatan dipohon dari Yang Maha Kuasa. Semoga dipermudahkan perjalanan, di lindungi dari kesusahan dan diberkatiNya.

Kelihatan Nyaii, wak Dolah, Cik Siti, Mak Cik Hasniah dll di rumah Wak Siti.

Jaulah ke Adelaid bermula

Alhamdulillah dengan rahmat dan nikmat serta keizinan ALlah swt, abah diberi peluang ALlah melakukan program jaulah ke Adelaide. Jaulah ini disertai oleh Nyaii Sinah dan Nenek Thaniah (ibu mak cik Sapura).
Perjalanan abah bermula pada sabtu pagi menaiki bas ke Kuala Lumpur. Sekitar 5 ptg 17 Mei 2008 keluarga menghantar abah dan nyaii ke KLIA dan di KLIA bertemu Nenek Thaniah yang dihanatr oleh keum keluarga.

Flight MH139 (MAS) KLIA - Adelaide berlepas jam 9.50 mlm. dan tiba ke Adelaide International Airport jam 6.30 pagi dan Pakcik Mamat sedia menunggu dan terus di bawa kerumah kediaman beliau di Adelaide

Anak-anak cik Mamat gembira dan girang menerima kedatangan kami dan kami pun gembira depat bertemu mereka.

Insya ALlah laporan perkembangan akan menyusul...