Saturday, October 4, 2008

Raya KABARE 2008 Meriah


SALAM AIDIL FITRI 1429

Alhamdulillah, pada tahun ini sambutan Aidil Fitri KABARE dijalankan dengan jayanya dan meriah di rumah Hjh Arfah Hj Sirat / CIkgu Dzulkarnain Lasiman pada 2 Syawal 1429 bersamaan 2 Okt. 2008 (Hari Khamis). Majlis dimulai dengan majlis Khatam Qur'an oleh Kumpulan Wanita yang diketuai oleh Hjh Noraini Kandar & Hjh Tumirah Hj Siraj. Makcik-makcik dan Nyai-nyaii di kampung telah mengadakan Tadarus Qur'an sepanjang Ramadhan (ALhamdulillah ....!) bila agaknya warga muda KABARE akan mulai budaya Quran..? Insya Allah kita usahakan nanti ya..!
Majlsi kemudian diikuti dengan Tahlil yang diketuai oleh Tn Hj. Md Said Kandar. Kemudian diikuti dengan Solat Asar Berjamaah dan majlis ramah mesra serta jamuan.
Pada tahun ini ramai muka-muka baru hadir di majlis gilang gemilang Aidil Fitri KABARE. Meriah sungguh dengan acara tayangan Multi media KABARE yang di sediakan oleh team dari Pulai Perdana ... sila lihat di sini xxx . Juga pengumuman-pengumuman dan selang seli tazkirah oleh pengerusi KABARE serta sessi berkenalan dengan warga KAABRE yang pertama kali hadir. ... Juga ada duit raya dari keluarga Cikgu Nain/Cikgu Som dan En Kadin/Pn Ina ... seronok sungguh anak-anak menerima duit raya.
Sekitar 150 hadirin hadir di majlis yang diadakan dan kesempatan tersebut dimanfaatkan untuk merapatkan lagi hubugan silaturrahim disamping sebagai menyalorkan maklumat dan aktiviti yang terdekat iaitu Khemah Ibadah Remaja KABARE (4-6 Disember 2008 di masjid Kg Pt Betak) dan Rehlah Warga Kabare (22-24 Dis 2008 di portDikson).
Pihak warga KABARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Keluarga Hjh Arfah, anak-anak dan cucu-cucu kerana bersusah payah menyediakan tempat, logistik dan makanan.

Kutipan derma untuk menampung sebahagian kos jamuan dijalankan oleh bendahari Sdr Masodin Supian dan memperolehi sejumlan RM 424.00. Terima kasih kepada semua yang hadir, kepada yang tak dapat hadir Insya ALlah kita jumpa tahun hadapan. Semoga ikatan ukhuwwah sesama kita terus terjalin dan kehidupan kelaurga selamat, sejahtera dan berjaya dunia dan akhirat.