Wednesday, September 23, 2009

Syukr & Taqwa di Aidil Fitri




Umat Islam seluruh dunia menyambut dan meraikan berakhirnya Ramadhan dengan sambutan Aidil Fitri. Pelbagai cara dan kaedah serta sambutan dapat kita lihat di dalam media elektronik dan media cetak. Yang pasti kegembiraan Hari Raya terpancar di merata tempat dan negara. Mengepa semua umamt Islam bergembira di hari raya ? 
Pelbagai versi dapat dilihat dan jika ingin di analisa. Bagi sesetengah kumpulan manusia Islam, sambutan ini adalah suatu yang bersifat perayaan bermusim. Di hari ini semua bercuti dan berkesempatan mengisi dengan berbagai acara dan aktiviti. Berpakaian cantik dan selalunya mengikut radisi kamum dan negara masing-masing. Di Malaysia tentunya baju melayu bersamping dan baju kurung melayu atau kebaya bagi yang wanita. Mereka akan saling ziarah-menziarahi sesama saudara sambil mengucap selamat Hari Raya dan memohon kemaafan sesama mereka. Ada yang menganjurkan majlis yang agak besar dan mengumpulkan sanak saudara. Yang insaf dan ingat akan ahli keluarga yang meninggal dunia, ada yang mengunjungi kubur dan bertahlil. Do'a di panjatkan kwpada ALlah swt dari anak-anak yang soleh semoga roh ayah-bonda dan ahli keluarga dirahmati ALlah dan di letakkan bersama ruh orang-orang yang soleh. Rasa terima kasih kepada kedua ibu bapa dan datuk nenek dibuktikan melalui usaha mendidik diri dan anak-anak agar berakhlak mulia, menjaga ibadat dan syariat ALlah.

Di dunia ini sememang banyak ragamnya, ada yang menyambut Aidil Fitri dengan pelbagai hiburan. Fitrah manusia sememang suka kepada hiburan dan kegembiraan. Allah tidak melarang manusia untuk bersuka ria terutama di Hari Raya. Hari Raya bagi ummat Islam adalah hari kemenangan dan perlu disambut dengan gembira. Kemenangan kerana berjaya melalui ujian ramadhan dengan jayanya. Tetapi kegembiraan di dalam Islam mestilah dalam batas-batas syara'. Tidak harus di sana ada perkara-peraka yang haram seumpama mendedahkan aurat, percampuran laki-laki dan perempuan yang bukan muhrim. Berjoget, menari dan hilai ketawa yang berlebihan yang menyalahi tata susila keislaman adalah diharamkan. Sambutan hari Raya sedemikian rupa adalah bercanggah dengan nilai Islam dan amalan Rasulullah dan para salafus soleh. 
Keluarga yang berhajat kepada membentuk anak-anak yang soleh dan solehah mestilah membebaskan diri dan menjauhi dari sambutan Hari Raya yang bertentang dengan nilai-nilai Islam. Anak-anak perlu diberikan panduan dan pengajaran bagaimana menyambut Aidil Fitri sebagaimana yang diajarkan dalam Islam. Walaupun dalam masyarakat kadang-kadang nammpak biasa, tetapi jika ianya bercanggah dengan nilai dan praktis Islam, ianya perlu dijauhi dan diperbetlkan. Isilah sambutan Hari Raya dengan penuh Kesyukuran dan Ketaqwaan, kerana Aidil Fitri bermakna kembali kepada FITRAH dan fitrak kita adalah fitrah yang salim (sejahtera). Sejahtera dari segi Iman, ibadah, akhlak dan syariat. 
Jika kita cemari Aidil Fitri dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam, maka kita bimbang sebulan kita berpuasa akan cacat dan mungkin terpadam, dan jika itu berlaku.... alangkah ruginya puasa sebulan yang kita jalani.

Semoga Sambutan Aidil Fitri kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Salam Aidil Fitri. Semoga ALlah menerima segala amalan kita semua. Amin