Tuesday, May 26, 2015

Muhammad Sabiq & Asma dikurniakan Anak Perempuan

Alhamdulillah pada 26 Mei 2015 Lahirnya seorang anak perempuan hasil perkongsian Muhamamd Sabiq Mohd Zin dan Asma' Aminuddin. Silahirkan di Hospital Kulai sekitar jam 3.00 pagi.

Alhamdulillah baby perempuan dan ibunya sihat. Semoga tanggungjawab baru yang dikurniakan ALlah kepada Muhammad Sabiq akan dapat dilaksanakan dengan baik dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri sebagai kelaurga dakwah dan kelaurga tarbiyah yang akan melahirkan kekuat bagi menyumbang kepada pembangunan umat Islam yang bertamadun dan diredhai ALlah.

"Sungguh, dikumpulkan penciptaan kalian dalam perut ibumu selama 40 hari.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi segumpal darah.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi sekerat daging.Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan juga diperintahkan dengan empat hal;untuk menulis rezekinya,ajalnya,amalnya,dan termasuk orang yang sengsara atau bahagia."[HR Bukhari dan Muslim]

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar."[Surah Al-Anfal 8:28]

Kelahiran seorang anak itu merupakan satu anugerah kepada seseorang daripada Allah swt. Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-hamba-Nya. Mengapa satu anugerah? Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah swt.

Tahniah kepada M Sabiq dan Asma'.

Kami tumpang gembira dan bersyukur.








 Ini Muhammad Sabiq ketika bayi. Lahir di Liverpool England.

Bacaan tambahan:
http://www.islamituindah.my/anak-adalah-anugerah-allah-kepada-ibu-bapa

htmlhttp://depot-artikel.blogspot.com/2014/03/anak-adalah-anugerah-terindah-bagi.html

 http://www.abimuda.com/2014/11/10-kesalahan-dalam-mentarbiyah-atau.html

http://www.dakwatuna.com/2007/01/19/67/mendidik-anak-cara-nabi-ibrahim/#axzz3bJG8amWL




Belajar Erti RAHMAH



Alhamdulillah ... satu perjalanan dakwah dan tarbiyah buat andakanda Muhammad Zulfadhli Zin yang sangat berharga selama dua minggu. Jadikan ia sebagai salah satu langkah kejayaan di dalam menempa banyak lagi kejayaan buat diri, keluarga dan ummah yang perlukan tenagamu. Tingkatkan amal, bulatkan keikhlasan. Jzkk kepada MyCARE dan TFGM yang memilih beliau untuk bersama menyumbang. Maafkan seandainya terdapat kekurangan yang ada dan teruskan memberikanbimbingan.

 









Monday, February 9, 2015

Hjh Painah bt Hj Kandar Tenang Menamui Pencipta



8 Feb 2015 jam 9:25 malam, Hjh Painah binti Hj Kandar telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 72tahun 2 bulan, menemui penciptanya dengan tenang dan mudah. Detik tersbut disaksikan anak-anak, menantu dan adik beradik yang turut berada di rumah anakanda sulung almarhumah di Tmn Pulai Emas Kangkar Pulau Johor Bahru.

Hjh Painah adalah seorang isteri yang solehah kepada almarhum Hj Supian yang terlebih dahulu meninggal dunia. Semasa hidup Hjh painah, beliau seorang yang sangat menjaga ibadah. Baik akhlak nya terhadap keum keluarga, saudara mara dan sesiapa juga yang ditemui. Seorang yang prihatin dan suka menghulurkan derma dan membahagi-bahagikan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.


Seorang ibu yang sangat bertanggungjawab di dalam mendidik anak-anaknya terutama di dalam memelihara ibadat dan akhlak. Terpancar air tangah didikannya kepada anak-anaknya yang memiliki akhlak yang baik dan sentiasa bertanggung jawab dan menjaga hubungan kekeluargaan. Adaik-beradik anakanda Hj Painah dan Hj Supian dapat dilihat sentiasa bertemu dan menjalin persaudaraan yang intim.. Saling"berayan" di dalam menyempurnakan tugasan keluarga dan sentiasa bertolak ansur. Lahirnya sebuah keluarga yang rukun dan damai yang boleh dijadikan contoh buat masyarkat hari ini.

Samaada di kampung Permatang Sepam sebelum ini atau di Johor bahru, beliau juga menjadi guru mengaji kepada anak-anak kampung dan anak-anak jirannya. Tentunya amalan ikhlas beliau mendidik anak-anak mengaji akan menjadi penyuluh di persemadiannya.

Walaupun di dalam usia menjangkau 70an, Hjh Painah sering menziarahi anak-anak, adik beradik dan saudar-mara dari semasa ke semasa sebelum beliau disahkan tidak sihat oleh doktor. Buah tangan dan sedekah sentiasa menjadi ciri dan akhlak mulia yang dimiliki Hjh Painah di dalam siarah beliau. Jika da hasil kampun, pisang dan ubi adalah di antara buah tangan yang sentiasa dibahagi-bahagikan kerumah yang dikunjungi. Atau jajan dan roti untuk penyeri beliau menemui anak-anak dan cucu-cucunya yang sentiasa gembira  dengan kedatangan Hjh Painan.

Kini Hjh Painah yang disayangi anak-cucu, saudar mara, jiran dan rakan-rakan sudah meninggalkan kita semua. Semamang kiti iringi tangisan dihari pengkebumiannya, namun di hati kita semua kita terus panjatkan doa' dan pemergiannya diiringi dengan amalan-amalan mulia sepanjang hidupnya dan doa anak-anak yang soleh dan solehah serta sahabat handai dan kenalan. Insya ALlah roh Hjh Painah diterima dan ditempatkan Allah dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan para kekasih ALlah.

Doa Untuk Jenazah Allahyarhamha Hjh Painah bt Kandar

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهاُ وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهاُ واغْفِرْلنا ولهااللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Ya Allah, janganlah engkau hampakan kami dari mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah timpakan kami fitnah selepas pemergiannya, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa mayat ini. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan saudara seIslam kami yang telah mendahului kami, dan jangan jadikan hati-hati kami merasa dengki kepada orang-orang yang beriman. Sesungguhnya engkau Maha pengampun dan Maha Penyayang.