Tuesday, May 26, 2015

Muhammad Sabiq & Asma dikurniakan Anak Perempuan

Alhamdulillah pada 26 Mei 2015 Lahirnya seorang anak perempuan hasil perkongsian Muhamamd Sabiq Mohd Zin dan Asma' Aminuddin. Silahirkan di Hospital Kulai sekitar jam 3.00 pagi.

Alhamdulillah baby perempuan dan ibunya sihat. Semoga tanggungjawab baru yang dikurniakan ALlah kepada Muhammad Sabiq akan dapat dilaksanakan dengan baik dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri sebagai kelaurga dakwah dan kelaurga tarbiyah yang akan melahirkan kekuat bagi menyumbang kepada pembangunan umat Islam yang bertamadun dan diredhai ALlah.

"Sungguh, dikumpulkan penciptaan kalian dalam perut ibumu selama 40 hari.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi segumpal darah.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi sekerat daging.Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan juga diperintahkan dengan empat hal;untuk menulis rezekinya,ajalnya,amalnya,dan termasuk orang yang sengsara atau bahagia."[HR Bukhari dan Muslim]

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar."[Surah Al-Anfal 8:28]

Kelahiran seorang anak itu merupakan satu anugerah kepada seseorang daripada Allah swt. Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-hamba-Nya. Mengapa satu anugerah? Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah swt.

Tahniah kepada M Sabiq dan Asma'.

Kami tumpang gembira dan bersyukur.








 Ini Muhammad Sabiq ketika bayi. Lahir di Liverpool England.

Bacaan tambahan:
http://www.islamituindah.my/anak-adalah-anugerah-allah-kepada-ibu-bapa

htmlhttp://depot-artikel.blogspot.com/2014/03/anak-adalah-anugerah-terindah-bagi.html

 http://www.abimuda.com/2014/11/10-kesalahan-dalam-mentarbiyah-atau.html

http://www.dakwatuna.com/2007/01/19/67/mendidik-anak-cara-nabi-ibrahim/#axzz3bJG8amWL




Belajar Erti RAHMAH



Alhamdulillah ... satu perjalanan dakwah dan tarbiyah buat andakanda Muhammad Zulfadhli Zin yang sangat berharga selama dua minggu. Jadikan ia sebagai salah satu langkah kejayaan di dalam menempa banyak lagi kejayaan buat diri, keluarga dan ummah yang perlukan tenagamu. Tingkatkan amal, bulatkan keikhlasan. Jzkk kepada MyCARE dan TFGM yang memilih beliau untuk bersama menyumbang. Maafkan seandainya terdapat kekurangan yang ada dan teruskan memberikanbimbingan.