Monday, June 2, 2014

Majlis Walimatul Urus Perkahwinan Muhammad Sabiq & Asma'


Alhamdulillah, majlis walimatul urus bersempena perkahwinan Muhammad Sabiq bin Mohd Zin dan Asma' Aminuddin telah dapat disempurnakan pada 1 Jun 2014 di dewan Alumni UTM. Ramai kawan-kawan, sahabat handai dan saudara- mara yang hadir. Terima kasih kepada semua yang menghulurkan bantuan dan do'a di dalam meraikan majlis yang dilangsungkan. Ia adalah ebrtujuan untuk mewar-warkankan kepada umum di samping menyatakan kesyukuran sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

Semoga Allah mengurniakan keridhaan kepada kami dan anda semua serta dikurniakan kebahagiaan kepada Muhammad Sabiq dan Asma' dan diberikan kekuatan untuk melibatkan diri di dalam jalan dakwah dan perjuangan memartabatkan kebenaran Islam.


























































Muhammad Sabiq Sah sebagai suami Asma', Alhamdulillah.


31 Mei 2014, berakhir zaman bujang anakanda Muhammad Sabiq dan beralih sebagai suami dan mulai memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bersama Asma' Aminuddin. Majlis aqad nikah dijalankan di Surau Taman Dieani Senai Johor denagn dihadiri oleh sanak saudara di kedua-dua keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21 :

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا﴿١﴾
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nahl 16; Ayat 72 :

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةًۭ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ ۚ أَفَبِٱلْبَٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ ﴿٧٢﴾
“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?”


Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


Majlis berjalan lancar dan kedua-dua keluarga kelihatan gembira. Alhamdulillah.
Blog keluarga Ustaz Aminuddin sila lihat di link di SINI.






















... kasih ibu .. beberapa minit sebelum bertolak untuk majlis aqad nikah.

******************

Majlis Pertunangan mereka telah dilangsungkan 6 bulan sebelum ini iaitu pada 29 Dis 2013. Lihat gambar-gambar di bawah;
















Rujukan:



perkahwinan dan hukum-hukum;





Sunday, May 25, 2014

Jemputan Majlis Walimatul Urus Perkahwinan Anakanda Muhammad Sabiq



Assalamualaikum wm wb.

Semoga tuan/puan berada di dalam sihat sejahtera dan rahmat Allah. Saya dan isteri dengan segala hormatnya menjemput tuan sekeluarga ke majlis kesyukuran perkahwinan anakanda kami Muhammad Sabiq Mohd Zin dengan Asma' Aminuddin. Majlis jamuan akan di adakan diDewan Alumni Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor Pada hari Ahad 1 Jun 2014 dari Jam 11.00 pagi - 5.00 ptg.

Semoga kehadiran tuan dan puan akan bertambah keberkatan akan majlis tersebut Insha Allah.




Facebook Perkahwinan Muhammad Sabiq & Asma'

Majlis pertunangan yang berlangsung sebelum ini

Majlis pertunangan yang berlangsung sebelum ini

Prof Madya Mohd Zin Kandar dan Norlehs Md Salleh
019-7342539
110 Jln 8/2 Tmn Sri Pulai Perdana, 81110 Skudai Johor.