Monday, February 15, 2010

Shifaa' Sertai R2J4




R2J4 (Road to Jawa 4) adalah program khas yang dibangunkan oleh Gen2, agensi di bawah Musleh di Johor bertujuan memberi peluang istimewa kepada lepasan SPM SMIH (Sek Men Islam Hidayah). Program merangkumi aspek pengisian minda, roh dan fizikal.
Aktiviti dijalankan di Malaysia dan Indonesia (Jawa). Pada tahun ini Shifaa' terpilih untuk menyertai R2J4.
Program di Malaysia dimulai dengan pengisian dalaman di UTM selama 2 minggu kemudian diikuti dengan projek fund-rising untuk mencari RM25,000.00. Seramai 47 pelajar kemudiannya dihantar ke Jawa (Jakarta, Jogjakarta dan lain-lain). Di Jawa pelbagai aktiviti kepimpinan, tarbiyah, khidmat masyarakat dan banyak lagi dijalankan.
Semoga Syifa' memanfaatkan pengalaman berharga untuk bukan sahaja menjadikan diri sebagai pemimpin ummah, juga perlu dikongsikan kepada adik beradik dan keluarga.

Saturday, December 19, 2009

Atok Emak di Hospital dan Mula Bernafas Tanpa Mesin

Atok Emak masih di hospital Serdang selepas 1 minggu dan beberapa hari di Klinik Pakar An-Nur Bangi. Seluruh keluarga yang berkampung di Bangi sentiasa mendoakan agar atok emak cepat sembuh. Berita lanjut di SINI.

Wednesday, December 16, 2009

Akidah Asas Pembentukan Keluarga

Tajuk ini nampaknya biasa, tetapi jika di teliti dalam kehidupan hari ini, ianya tak mudah dilaksanakan. Bagaimana kita dapat memastikan akidah dapat menjadi asas dalam kehidupan berkeluarga? Mudah sahaja dilaksanakan jika kita dapat menanamkan dan mempraktikkan hakikat Takitkan ALlah sebagai asas kehidupan berkeluarga. Adakah segala aktiviti dan persekitaran keluarga kita adalah suasana yang Takutkan Allah? Ini yang sukar dilaksanakan dalam keluarga. Di rumah sering juga kita adakan hiburan seperti nyanyian dan tayangan video atau filem dari kaca tv atau pemain cd. Apakah asas hiburan itu untuk semata-mata seronok atau ada batasan antara yang ALlah suka dan ALlah tak suka? Jika keluarga kita takutkan Allah, kita akan berusaha menghindarkan bentuk-bentuk hiburan yang bercanggah dengan Islam, hiburan yang melalaikan atau yang menyesatkan. Allah berfirman yang bermaksud "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka...". Ayah dan ibu sesungguhnya bertanggung jawab penuh untuk menghindarkan persekitaran rumah tangganya dari aktiviti yang dibenci Allah. Hiburan tidak ditegah di dalam Islam, tetapi hiburan seperti nasyid, video klip yang mendidik adalah antara contoh pendidikan berasaskan akidah. Anak-anak pula harus bersama-sama mengikut kehendak syara' (Islam) dengan berusaha menjayakan hasrat ayah dan ibu membentuk persekitaran Islam dalam keluarga. Wallahu'alam.

Monday, December 14, 2009

Atok Mak Menerima Rawatan di Hospital Serdang

Hari ini 15 Dis 2009, kami sekeluarga masih di Bangi (di rumah 'mak usu' UNITEN) kerana menziarahi Atok Emak yang sedang menjalani rawatan di CCU Hospital. Semua keluarga mendoakan semoga Atok Emak segera sembuh dan dapat bersama anak cucu seperti biasa. Berita lanjut di SINI

Monday, November 30, 2009

Keluarga Cik Mamat & Cik Sapura kini di samping kita




Alhamdulillah setelah empat tahun berada diperantauan (Adelaide Australia) kerana menemani Cik Sapura melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) Landskap, kini sekeluarga telah balik ke Malaysia dan kembali tinggal di Tmn Sri Pulai Perdana. Kepulangan keluarga Cik Mamat menceriakan suasana. Sering anak-anak datang mengunjungi satu sama lain, merapatkan hubungan kekeluargaan. Kini mereka yang fasih berbahasa Inggeris perlu memantapkan lagi di samping perlu belajar bahasa melayu, membaca jawi dan menulis jawi dan meningkatkan kemahiran membaca qur'an. Tanggung jawab sepupu lah... untuk membantu mereka 'catch-up' dan Insya ALlah ianya akan boleh dicapai dengan kerjasama semua.

Sunday, November 29, 2009

Menyambut Aidil Adha bersama Atok sambil memantapkan tarbiyah diri


Alhamdulillah, pada tahun ini kami sekeluarga dapat merayakan Aidil Adha bersama Atok & Abah di kampung. Atok emak & Atok Abah sihat dan dapat bersama bermesra serta ceria bergembira dengan kehadiran semua anak-anak dan cucu. Seluruh keluarga, Pak Andak, Pak usu, Abah dan Ummi serta atok turut Solat Hari Raya di Surau Kg Pt Sameon. Sepanjang perjalanan dari rumah ke Ayer Hitam kami penuhi dengan bacaan Qur'an pengisian dan tazkirah secara bergilir-gilir. Begitu juga dalam perjalanan menziarahi Atok Fatimah di Keluang. Hari ketiga Hari Raya, kami menziarahi pula Wak Dolah/Wak Esah ... seperti biasa jamuan besar lah ... kali ini first time makan lauk ayam engkong ... dan kami sekeluarga belajar istilah dan tradisi orang jawa yang baru kami tahu ... (abah tak pernah cerita) ... lupa agaknya ... dah agak lama di luar Johor. Kemudian ziarah Nyaii Sinah, Wak Adam/Wak Idah. Alhamdulillah semua mereka sihat. Seperti biasa, khususnya di hari perayaan, kami ziarah menziarahi mereka yang lebih tua, bertanya khabar dan mencungkil perkara-perkara masa lalu ... dapat taaruf lagi kisah abah kecik-kecik... dari nyai.
Kami bersyukur jaulah ke kampung bersempena Hari Raya Aidil Adha ini banyak input yang Abah & Ummi berikan sepanjang perjalanan balik. Beberapa perkara ku pelajari antaranya....

Keputusan UPSR : Tahniah kepada Jiji


Keputusan UPSR sudah diumum dan semua calon perlu menerima dengan redha. Di dunia ini, kita akan memperoleh apa yang kita usahakan Insya Allah. Sesiapa yang tekun, fokus, bersungguh-sungguh dan serius dengan setiap mata pelajaran yang diambil, baik di dalam kelas, di rumah mahupun dimasa lapang, Insya ALlah kecemerlangan adalah milik mereka. Allah memberikan kejayaan kepada siapa yang berusaha di dunia ini, walaupun orang yang menentang ALlah pun, didunia ini sering diberi oleh ALlah. Tetapi kejayaan dan anugerah Akhirat, Allah akan kurniakan kepada mereka yang taat, ebriman dan memenuhi tanggungjawab sebagai muslim.
Kepada Jiji binti Syukri (anak pak andak dan mak andak) diucapkan tahniah kerana berjaya memperolehi 5A UPSR. Semoga terus berjaya di masa akan datang. Kepada yang tak dapat 5 A jangan kecewa, juga diucapkan tahniah kepada Imtithal dan rakan-rakan lain. Jadikan keputusan UPSR yang tidak berapa cemerlang sebagai dorongan untuk melipatgandakan usaha. Tingkatkan usaha, istiqamah dengan pelajaran dan amalan Islam, Insya ALlah kejayaan menanti anda di PMR dan SPM.