Monday, May 26, 2008

Solat Jumaat di Community Mosque


Jumaat sekitar jam 12.15 bertolak ke masjid berdekatan rumah untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat. 12.30 masuk waktu Jumaat. Azan dikumandangkan ta

npa mikrofon kerana kebiasaan bagi masyarakat Australia, azan jika dikumandangkan keluar masjid dikira suatu ganguan. Masjid dipenuhi orang islam dari pelbagai bangsa seluruh dunia yang tinggal atau belajar di Adelaide. Imam yang menyampaikan khutbah dari Afghanistan dan menyampaikan asas amalan Islam berkenaan pakaian mengikut ajaran Islam dan garispanduan berhias dalam Islam. Tajuk sangat berguna dan ditujukan kepada para bapa khususnya bagaimana harus mengajar dan memberitahu isteri dan anak-anak cara berpakaian yang mengikut syara' berasaskan Qur'an dan hadith. Antara nya garispanduan pakaian wanita Islam harus longgar, tidak menunjukkan tubuh badan, menutupi keseluruhan tubuh kecuali muka dan tidak jarang.

1 comment:

mohad said...

solat kat mana tu....