Terlalu banyak jika hendak diceritakan ... lahir, hidup, bermain, belajar, mengaji, nakal, menoreh, .... dan macam-macam lagi aku lalukan untuk hidup dipinggir sebuah kampung yang terpencil. Tiada jalan (kecuali laluan tanah liat berbecak ditepi sebatang parit) ... dinamai Kampung Batang Sepang (Kini dikenali dengan nama Kampung Permatang Sepam) di mukim Benut, di daerah Pontian. Beberapa lama kampung ini tiada bekalan air dan bekalan elektrik - Hanya air dari perigi dan lampu minyak tanah (kerosene). Di dalam surat beranak tertulis tarikh 31/5/1959, tapi hanya ... sekitar 1964 seingatanku aku dipakaikan dengan baju dan seluar pendek batik yang sama dengan baju kurung emak ... (ku mengerti sekarang ... sungguh mulia hati emak ... dalam kesempitan hidup ... mengongsikan sebahagian miliknya untuk ku ... agar aku turut berpakaian..!).
Aku masih ingat rumah berlantai pokok pinang, dibawah rumah itu tempat aku bermain ... dapat ku lihat lagi ayam-ayam peliharaan emak dan bapak ku ... yang menjadi juadah ketika datangnya kenduri/tahlil ... aku yang mengejar untuk menagkap ayam-ayam itu. Tentang hari raya... entah kenapa ... aku tak dapat mengangati suasanasambutan semasa kecilku ... Mungkinkah tiada suatu yang istimewa ? Sudah tentu tiada duit raya pun !
Alhamdulilah ... masih jelas ingatanku bagaimana bapa megimamkan solat dan aku dibelakangnya dipenjuru ruang hadapan rumah ..., Iru adalah antara didikan ayah. a\Aku masih ingat bila datang waktu petang, kampungku menjadi malap, berbalam-balam mentari meninggalkan warna merah dicelah-celah pokok ... durian dan pokok pinang. Aku ingat juga sesekali aku berjalan di belakang ayah balik dari masjid ... ayah menyingsing kainnya dengan tangan memegang bucu kain menyilangkan tangan ke belakang kerana jalan yang berbecak dengan kaki ayam ... aku masih terbayang betis dan peha abah yang kental ... sememang Lek Abu (pak cik ku) pernah berkata setelah ketiadaan ayahku bahawa bapa adalah seorang 'pendekar' ... 'sendo' dan gagah. Namun aku tak pernah melihat bapa membuat demonstrasi keperwiraannya ... kecuali suatu insiden di dalam majlis perkahwinan apabila seorang datang dengan parang pendek bersarung tersangkut di pinggang (macam hendak membuat sesuatu...), lantas bapa bertindak pantas 'mengeluarkan satu buah silatnya' ... dan membuatkan orang itu berhenti untuk meneruskan niatnya. Itulah satu-satunya insiden yang pernah ku lihat... bagimenyelamatkan keadaan (Dengan Izin Allah).
Kehebatan ayah yang sering menjadi insipirasi ialah kerajinan dan ketekunan bekerja dan mendidik kami ... suasana susah mendapatkan rezeki untuk hidup dilalui dengan berbagai cara tanpa jemu. Kreativiti, kesungguhan, kerajinan dan tanpa penat lelah... dihadapi pelbagai cara... mengambil upah menebas bersama adik beradik, menanam pisang, menoreh, menanam padi, berniaga, menjalankan pengangkutan bot berinjin dan apa juga ... asalkan memperoleh rezeki yang halal diusahakan sambil mengajak anak-anak terutama yang lebih dewasa sebagai pendekatan mendidik dan melatih.
Pendidikan Qur'an: Alhamdulillah ... aku masih ingat insan-insan yang pernah mengajar ku membaca Qur'an .. Wak As (Aspereah Hj Othman), dan Wak Som (Hj Som Hj Abd Hamid - imam masjid)... sejumlah sehingga 20 anak-anak mentelaah Qur'an setiap malam selepas maghrib dirumahnya ... tanpa se senpun bayaran ... percuma! ... cuma sebelum maghrib kami beramai-ramai membantu memebrsih kawasan rumah, mengangkat air dari perigi, mencari kayu masak dan apa jua yang termampu kami anak-anak melakukannya. Semoga roh kalian ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beriman.
Syukur Alhamdulillah... apa pun yang telah ku lalui semasa kecil dan remajaku ... itulah ANUGERAH ALLAH .... sehingga dengan Izinnya kami dapat terus hidup dan hidup sebagaimana yang ada sehingga kini... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Ayah dan emak ... ku sentiasa do'a kan semoga ALlah membalas segala keikhlasan dan amalmu serta ibadatmu sebagai ganjaran Allah yang berterusan dan semoga Allh swt meletakkan roh ayah dan ibu bersama orang-orang yang soleh di sisi ALlah.
No comments:
Post a Comment