Keputusan UPSR sudah diumum dan semua calon perlu menerima dengan redha. Di dunia ini, kita akan memperoleh apa yang kita usahakan Insya Allah. Sesiapa yang tekun, fokus, bersungguh-sungguh dan serius dengan setiap mata pelajaran yang diambil, baik di dalam kelas, di rumah mahupun dimasa lapang, Insya ALlah kecemerlangan adalah milik mereka. Allah memberikan kejayaan kepada siapa yang berusaha di dunia ini, walaupun orang yang menentang ALlah pun, didunia ini sering diberi oleh ALlah. Tetapi kejayaan dan anugerah Akhirat, Allah akan kurniakan kepada mereka yang taat, ebriman dan memenuhi tanggungjawab sebagai muslim.
Sunday, November 29, 2009
Keputusan UPSR : Tahniah kepada Jiji
Keputusan UPSR sudah diumum dan semua calon perlu menerima dengan redha. Di dunia ini, kita akan memperoleh apa yang kita usahakan Insya Allah. Sesiapa yang tekun, fokus, bersungguh-sungguh dan serius dengan setiap mata pelajaran yang diambil, baik di dalam kelas, di rumah mahupun dimasa lapang, Insya ALlah kecemerlangan adalah milik mereka. Allah memberikan kejayaan kepada siapa yang berusaha di dunia ini, walaupun orang yang menentang ALlah pun, didunia ini sering diberi oleh ALlah. Tetapi kejayaan dan anugerah Akhirat, Allah akan kurniakan kepada mereka yang taat, ebriman dan memenuhi tanggungjawab sebagai muslim.
Saturday, November 28, 2009
Minat Berputik di Tengah Kedhoifan Hidup
Entah bagaima ia terjadi ... tiada sesiapa yang dapat dijadikan ikutan ... Tetapi ANUGERAH ILAHI ... minat dan kecenderungan berputik dan mendalam di tengah-tengah kedaifan hidup. Bermula dengan 'percubaan' melakar dan melukis ... pemandangan, potrait, khat ...
Dieksperimentasikan melalui lakaran dan lukisan yang menjadi penghias kelas di tingkatan 2 dan 3 Sekolah Menengah Pt Betak Benut. Serta dicuba lagi melalui projek Mural Sekolah. Cikgu Shamsuddin dan Cikgu Wahab adalah pendorong ku ketika itu ... kau mesti pilih jurusan arkitek zin ... nasihat Cikhu Shamsuddin selepas ku perolehi A dalam sujek lukisan dalam SRP (kini PMR).
Kad raya lukisan sendiri dengan pelbagai media menjadi kad raya pengganti diri buat guru-guru SMPB ketika aku di Sek men Taknik JB di ting 4, 5 & 6. Juga lakaran kartun buletin SMTJAB medan berkaria ... Hadiah RM10.00 kerana memenangi pertandingan logo Asrama SMTJB. Hasil karia khat pelbagai media ... poster colour, catan di cermin ... menjadi hobi mengisi masa cuti selepas SPM ... penuh ku gantung di ruang tamu rumah kayu yang semakin usang. 'Pamiran Solo' bersempena sambutan Maulidur Rasul di kampung satu-satunya yang pernah ku adakan ... Kini masih terpampang dibeberapa rumah saudara mara dan orang kampung hasil karia Khat anak kampung yang miskin tetapi berjiwa besar ini (waullahu 'alam). Itukah yang dikatakan semangat dan cita-cita? Itukah yang dikatakan Berani Mencuba untuk Berjaya ? Aku sebenarnya ketika itu ... tidak begitu mengerti panjang mana joran yang ku akan miliki ... untuk menjangkau lautan yang aku tak pernah terfikit untuk melayarinya... Aku hanya harus Bersyukur Kini dan sampai bila-bila ... kepada Kau Ilahi yang Memberi Peluang dan Izin buat ku terokai pengalaman ini.
MEMBESAR BERSAMA EMAK SINAH
Setelah Allah menjemput Emak Fatmah ketika umurku 9 tahun di Kg Permatang sepam, aku dan adik ku Siti Masriah masih kecil. Dalam kesibukan ayah mencari nafkan untuk anak-anak yang masih kecil termasuk abang dan kakak yang masih remaja ... ayah telah diketemukan seorang wanita dari kampung Pt Serum. Emak Sinah Suadi - telah memiliki 3 orang anak. Lantas Emak Sinah dibawa tinggal sekali dengan kami. Kehidupan diteruskan dengan pekerjaan kampung - menoreh sebagai sumber untuk mendapatkan rezeki. Alhamdulillah kehidupan berkeluarga dan kasih sayang sebagai satu keluarga diteruskan. Kesusahan diharungi bersama dengan redha dan sabar. Allah mengurniakan seorang lagi ahli keluarga Mohd Za'i Kandar. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar.
Membesar Dalam Persekitaran Hijau
Terlalu banyak jika hendak diceritakan ... lahir, hidup, bermain, belajar, mengaji, nakal, menoreh, .... dan macam-macam lagi aku lalukan untuk hidup dipinggir sebuah kampung yang terpencil. Tiada jalan (kecuali laluan tanah liat berbecak ditepi sebatang parit) ... dinamai Kampung Batang Sepang (Kini dikenali dengan nama Kampung Permatang Sepam) di mukim Benut, di daerah Pontian. Beberapa lama kampung ini tiada bekalan air dan bekalan elektrik - Hanya air dari perigi dan lampu minyak tanah (kerosene). Di dalam surat beranak tertulis tarikh 31/5/1959, tapi hanya ... sekitar 1964 seingatanku aku dipakaikan dengan baju dan seluar pendek batik yang sama dengan baju kurung emak ... (ku mengerti sekarang ... sungguh mulia hati emak ... dalam kesempitan hidup ... mengongsikan sebahagian miliknya untuk ku ... agar aku turut berpakaian..!).
Aku masih ingat rumah berlantai pokok pinang, dibawah rumah itu tempat aku bermain ... dapat ku lihat lagi ayam-ayam peliharaan emak dan bapak ku ... yang menjadi juadah ketika datangnya kenduri/tahlil ... aku yang mengejar untuk menagkap ayam-ayam itu. Tentang hari raya... entah kenapa ... aku tak dapat mengangati suasanasambutan semasa kecilku ... Mungkinkah tiada suatu yang istimewa ? Sudah tentu tiada duit raya pun !
Alhamdulilah ... masih jelas ingatanku bagaimana bapa megimamkan solat dan aku dibelakangnya dipenjuru ruang hadapan rumah ..., Iru adalah antara didikan ayah. a\Aku masih ingat bila datang waktu petang, kampungku menjadi malap, berbalam-balam mentari meninggalkan warna merah dicelah-celah pokok ... durian dan pokok pinang. Aku ingat juga sesekali aku berjalan di belakang ayah balik dari masjid ... ayah menyingsing kainnya dengan tangan memegang bucu kain menyilangkan tangan ke belakang kerana jalan yang berbecak dengan kaki ayam ... aku masih terbayang betis dan peha abah yang kental ... sememang Lek Abu (pak cik ku) pernah berkata setelah ketiadaan ayahku bahawa bapa adalah seorang 'pendekar' ... 'sendo' dan gagah. Namun aku tak pernah melihat bapa membuat demonstrasi keperwiraannya ... kecuali suatu insiden di dalam majlis perkahwinan apabila seorang datang dengan parang pendek bersarung tersangkut di pinggang (macam hendak membuat sesuatu...), lantas bapa bertindak pantas 'mengeluarkan satu buah silatnya' ... dan membuatkan orang itu berhenti untuk meneruskan niatnya. Itulah satu-satunya insiden yang pernah ku lihat... bagimenyelamatkan keadaan (Dengan Izin Allah).
Kehebatan ayah yang sering menjadi insipirasi ialah kerajinan dan ketekunan bekerja dan mendidik kami ... suasana susah mendapatkan rezeki untuk hidup dilalui dengan berbagai cara tanpa jemu. Kreativiti, kesungguhan, kerajinan dan tanpa penat lelah... dihadapi pelbagai cara... mengambil upah menebas bersama adik beradik, menanam pisang, menoreh, menanam padi, berniaga, menjalankan pengangkutan bot berinjin dan apa juga ... asalkan memperoleh rezeki yang halal diusahakan sambil mengajak anak-anak terutama yang lebih dewasa sebagai pendekatan mendidik dan melatih.
Pendidikan Qur'an: Alhamdulillah ... aku masih ingat insan-insan yang pernah mengajar ku membaca Qur'an .. Wak As (Aspereah Hj Othman), dan Wak Som (Hj Som Hj Abd Hamid - imam masjid)... sejumlah sehingga 20 anak-anak mentelaah Qur'an setiap malam selepas maghrib dirumahnya ... tanpa se senpun bayaran ... percuma! ... cuma sebelum maghrib kami beramai-ramai membantu memebrsih kawasan rumah, mengangkat air dari perigi, mencari kayu masak dan apa jua yang termampu kami anak-anak melakukannya. Semoga roh kalian ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beriman.
Syukur Alhamdulillah... apa pun yang telah ku lalui semasa kecil dan remajaku ... itulah ANUGERAH ALLAH .... sehingga dengan Izinnya kami dapat terus hidup dan hidup sebagaimana yang ada sehingga kini... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Ayah dan emak ... ku sentiasa do'a kan semoga ALlah membalas segala keikhlasan dan amalmu serta ibadatmu sebagai ganjaran Allah yang berterusan dan semoga Allh swt meletakkan roh ayah dan ibu bersama orang-orang yang soleh di sisi ALlah.
Wednesday, September 23, 2009
Syukr & Taqwa di Aidil Fitri
Umat Islam seluruh dunia menyambut dan meraikan berakhirnya Ramadhan dengan sambutan Aidil Fitri. Pelbagai cara dan kaedah serta sambutan dapat kita lihat di dalam media elektronik dan media cetak. Yang pasti kegembiraan Hari Raya terpancar di merata tempat dan negara. Mengepa semua umamt Islam bergembira di hari raya ?
Sunday, November 30, 2008
Mohd Ariq & Kamarul Zekry join kelas Intensif Cuti Sekolah
Tahniah kepada kedua-dua fasilitator. Semoga ia adalah merukan pengalaman manis yang akan dikenang apabila mereka besar nanti.
Saturday, October 4, 2008
Raya KABARE 2008 Meriah
SALAM AIDIL FITRI 1429
Alhamdulillah, pada tahun ini sambutan Aidil Fitri KABARE dijalankan dengan jayanya dan meriah di rumah Hjh Arfah Hj Sirat / CIkgu Dzulkarnain Lasiman pada 2 Syawal 1429 bersamaan 2 Okt. 2008 (Hari Khamis). Majlis dimulai dengan majlis Khatam Qur'an oleh Kumpulan Wanita yang diketuai oleh Hjh Noraini Kandar & Hjh Tumirah Hj Siraj. Makcik-makcik dan Nyai-nyaii di kampung telah mengadakan Tadarus Qur'an sepanjang Ramadhan (ALhamdulillah ....!) bila agaknya warga muda KABARE akan mulai budaya Quran..? Insya Allah kita usahakan nanti ya..!
Majlsi kemudian diikuti dengan Tahlil yang diketuai oleh Tn Hj. Md Said Kandar. Kemudian diikuti dengan Solat Asar Berjamaah dan majlis ramah mesra serta jamuan.
Pada tahun ini ramai muka-muka baru hadir di majlis gilang gemilang Aidil Fitri KABARE. Meriah sungguh dengan acara tayangan Multi media KABARE yang di sediakan oleh team dari Pulai Perdana ... sila lihat di sini xxx . Juga pengumuman-pengumuman dan selang seli tazkirah oleh pengerusi KABARE serta sessi berkenalan dengan warga KAABRE yang pertama kali hadir. ... Juga ada duit raya dari keluarga Cikgu Nain/Cikgu Som dan En Kadin/Pn Ina ... seronok sungguh anak-anak menerima duit raya.
Sekitar 150 hadirin hadir di majlis yang diadakan dan kesempatan tersebut dimanfaatkan untuk merapatkan lagi hubugan silaturrahim disamping sebagai menyalorkan maklumat dan aktiviti yang terdekat iaitu Khemah Ibadah Remaja KABARE (4-6 Disember 2008 di masjid Kg Pt Betak) dan Rehlah Warga Kabare (22-24 Dis 2008 di portDikson).
Pihak warga KABARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Keluarga Hjh Arfah, anak-anak dan cucu-cucu kerana bersusah payah menyediakan tempat, logistik dan makanan.
Kutipan derma untuk menampung sebahagian kos jamuan dijalankan oleh bendahari Sdr Masodin Supian dan memperolehi sejumlan RM 424.00. Terima kasih kepada semua yang hadir, kepada yang tak dapat hadir Insya ALlah kita jumpa tahun hadapan. Semoga ikatan ukhuwwah sesama kita terus terjalin dan kehidupan kelaurga selamat, sejahtera dan berjaya dunia dan akhirat.
