Saturday, October 11, 2025

SENI KEHIDUPAN


Kehidupan di dunia ini penuh dengan seni. Mungkin juga kehidupan di akhirat nanti.

Kehidupan merujuk kepada sesuatu yang bernyawa. Bila sesuatu itu bernyawa, ia adalah makhluk yang hidup. Boleh berkembang, boleh membiak, boleh mengesani dan dikesani. Malah boleh bertindak balas dengan persekitarannya.

Allah menciptakan alam ini untuk dihuni oleh sebuah ekosistem yang hidup. Terdiri dari beberapa jenis kehidupan. Di anatranya ialah:-
1. Manusia
2. Binatang
3. Tumbuh-tumbuhan

4. Mahluk yang tidak berbentuk fizikal seperti malaikat, syaitan dan iblis.

Dari tiga kehidupan utama di atas, kesemuanya memerlukan suatu ikosistem dan persekitaran yang tertentu untuk hidup dan memainkan peranannya masing-masing sebagaimana yang ditentukan oleh sang pencipta iaitu Allah SWT.

MANUSIA

Manusia adalah mahluk yang istimewa diciptakan Allah. Kejadian manusia dijelaskan Allah swt di dalam Al-Qur'an Surah Al-'Alaq;

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan!
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah.

Bacalah! Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas. Ketika melihat dirinya serba berkecukupan. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah tempat kembali(-mu). Tahukah kamu tentang orang yang melarang seorang hamba ketika dia melaksanakan salat?

Bagaimana pendapatmu kalau terbukti dia berada di dalam kebenaran atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)? Bagaimana pendapatmu kalau dia mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari keimanan)? Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat (segala perbuatannya)?

Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian), niscaya Kami tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka), (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan (kebenaran) dan durhaka. Biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya). Kelak Kami akan memanggil (Malaikat) Zabaniah (penyiksa orang-orang yang berdosa).

 

Allah SWT menjelaskan penciptaan manusia dalam tujuh tahap seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran di beberapa surah; 

"Dan sungguh, Dia telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan (kejadian)." (Nuh Ayat 14)

"Dialah yang menciptakanmu dari tanah, kemudian dari setetes mani, lalu dari segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai seorang anak, kemudian dibiarkan kamu sampai dewasa, lalu menjadi tua. Tetapi di antara kamu ada yang dimatikan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) agar kamu sampai kepada kurun waktu yang ditentukan, agar kamu mengerti." (QS Al-Mu'min: Ayat 67)

Dalam ayat lain, Allah berfirman: "Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik." (QS Al-Mu'minun: 12-14).

[https://kalam.sindonews.com/read/811709/70/7-tahapan-penciptaan-manusia-ini-penjelasan-al-quran-dan-sains-1656432385]

 

Kejadian ini menjelaskan betapa kompleksnya kejadian manusia dan setiapnya memiliki kesenian yang tersendiri. Semenjak dari kejadian manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinga ke saat ini, sudah puluhan atau ratusan bilion manusia yang melalui kehidupan dan sebahagian besarnya sudah meninggal dunia dan berada di alam lain termasuk alam kubur.

 





[https://kalam.sindonews.com/read/811709/70/7-tahapan-penciptaan-manusia-ini-penjelasan-al-quran-dan-sains-1656432385]


Saturday, July 17, 2021

KERJAYA SEBAGAI PENSYARAH

 Bismillahirrahmanirahim

 Pensyarah adalah salah satu bidang kerjaya yang dikenali ramai. Mereka yang belajar di universiti dan bekerja di kampus seperti sebagai pentadbir tentunya mengenali kerjaya sesaorang pensyarah. Di Universiti, tenaga pengajarnya digelar sebagai pensyarah, manakala di sekolah ia digelar guru atau cikgu. Tetapi apakah bezanya Guru dan Pensyarah? Apakah bidang tugas sesaorang pensyarah?

Berikut adalah senarai tugas yang lazim perlu dijalankan oleh seorang pensyarah:-

1. Menyampaikan kuliah.

2. Menjalankan urusan pentadbiran.

3. Menjalankan urusan penilaian pelajar-pelajarnya.

4. Penyeliaan

5. Bimbingan, penasihatan dan kaunseling.

6. Penyelidikan

7. Penulisan

8. Penerbitan

9. Persidangan.

10. Perundingan

11. Memberikan Kursus

12. Khidmat Masyarakat.

13. Dan lain-lain lagi.



Tugas sebagai pensyarah sememang perlu menjalani beberapa latihan yang khusus. Apa syarat nak jadi pensyarah?

(Akan dihuraikan kemudian Insha Allah).


Benarkah pensyarah memiliki kepakaran didalam sesuatu bidang? Kenapa?

(Akan dihuraikan kemudian Insha Allah).

Adakah Peluag sentiasa terbuka untuk menceburi sebagai pensyarah universiti?

(Akan dihuraikan kemudian Insha Allah).


Berikut contoh kerjaya seorang pensyarah. Beliau bermula dengan melalui dan menjalani latihan-latihan khusus iaitu melanjutkan pelajaran selepas menamatkan ijazah pertama di universiti:-

23.9.1986 : Tawaran RLKA, JPA - B.Arch & MSc.

25.9.1986 : Tawaran RLKA USM - B.Arch & MSc.

30.9.1986 : Tawaran Biasiswa B.Arch & MSc, untuk ke Univ of Liverpool.

6.10.1986 : Tiba di Liverpool UK & Mendaftar di Univ of Liverpool.

6.7.1988 : Sijil B.Arch diterima.

25.7.1988 : Penerimaan Offer to study M.Sc. at Univ of Liverpool.

16.12.1989 : Pertukaran pengajian MSc. ke PhD.

12.3.1993 : Viva PhD

23.3.1993 : balik Malaysia

1.4.1993 : Bertugas di HBP USM, attachment Staff. Felo RLKA mulai 20.4.1993.

3.2.1994 : Lantikkan rasmi Pensyarah HBP.

19.4.1994: Pengesahan penerimaan sijil PhD. (21.7.95, Konvo).

14.3.2006 : Tamat khidmat USIM (tarikh 15.3.2006)

16.3.2006 : Mula Berkhidmat di UTM.

31.5.2019 : Bersara

17.7.2019 : Bertugas di USIM (kontrak hingga 16.7.2021).

17.7.2021 : Sambung bertugas (kontrak hingga 16.7.2023).

20.7.2023 : Bertugas di UTB (Sebagai visiting lecturer).




Tuesday, February 9, 2021

KELESTARIAN ALAM TANGGUNGJAWAB SEMUA

 Banyak usaha boleh dilakukan untuk memelihara kelestarian alam ini.

- jangan mengotorkan persekitaran.

- kurangkan penggunaan tenaga berasaskan fosil.

- praktis Kecekapan Tenaga.

- Kurangkan penggunaan bahan yang sangat sukar terurai seperti plastik.



Tuesday, February 2, 2021

Subhanallah ... Maha Suci Allah


Hari ini diizinkan Allah dapat log in kembali ke Blog ini setelah lebih 5 tahun tidak update Blog ini di sebebkan kehilangan password.

Subhanallah, kuasa ALlah mengizinkan dapat recover password.

Insha Allah akan cuba diupdate dari masa kesemasa.


Nilai, 2hb Feb 2021.

Tuesday, May 26, 2015

Muhammad Sabiq & Asma dikurniakan Anak Perempuan

Alhamdulillah pada 26 Mei 2015 Lahirnya seorang anak perempuan hasil perkongsian Muhamamd Sabiq Mohd Zin dan Asma' Aminuddin. Silahirkan di Hospital Kulai sekitar jam 3.00 pagi.

Alhamdulillah baby perempuan dan ibunya sihat. Semoga tanggungjawab baru yang dikurniakan ALlah kepada Muhammad Sabiq akan dapat dilaksanakan dengan baik dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri sebagai kelaurga dakwah dan kelaurga tarbiyah yang akan melahirkan kekuat bagi menyumbang kepada pembangunan umat Islam yang bertamadun dan diredhai ALlah.

"Sungguh, dikumpulkan penciptaan kalian dalam perut ibumu selama 40 hari.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi segumpal darah.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi sekerat daging.Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan juga diperintahkan dengan empat hal;untuk menulis rezekinya,ajalnya,amalnya,dan termasuk orang yang sengsara atau bahagia."[HR Bukhari dan Muslim]

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar."[Surah Al-Anfal 8:28]

Kelahiran seorang anak itu merupakan satu anugerah kepada seseorang daripada Allah swt. Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-hamba-Nya. Mengapa satu anugerah? Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah swt.

Tahniah kepada M Sabiq dan Asma'.

Kami tumpang gembira dan bersyukur.








 Ini Muhammad Sabiq ketika bayi. Lahir di Liverpool England.

Bacaan tambahan:
http://www.islamituindah.my/anak-adalah-anugerah-allah-kepada-ibu-bapa

htmlhttp://depot-artikel.blogspot.com/2014/03/anak-adalah-anugerah-terindah-bagi.html

 http://www.abimuda.com/2014/11/10-kesalahan-dalam-mentarbiyah-atau.html

http://www.dakwatuna.com/2007/01/19/67/mendidik-anak-cara-nabi-ibrahim/#axzz3bJG8amWL




Belajar Erti RAHMAH



Alhamdulillah ... satu perjalanan dakwah dan tarbiyah buat andakanda Muhammad Zulfadhli Zin yang sangat berharga selama dua minggu. Jadikan ia sebagai salah satu langkah kejayaan di dalam menempa banyak lagi kejayaan buat diri, keluarga dan ummah yang perlukan tenagamu. Tingkatkan amal, bulatkan keikhlasan. Jzkk kepada MyCARE dan TFGM yang memilih beliau untuk bersama menyumbang. Maafkan seandainya terdapat kekurangan yang ada dan teruskan memberikanbimbingan.

 









Monday, February 9, 2015

Hjh Painah bt Hj Kandar Tenang Menamui Pencipta



8 Feb 2015 jam 9:25 malam, Hjh Painah binti Hj Kandar telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 72tahun 2 bulan, menemui penciptanya dengan tenang dan mudah. Detik tersbut disaksikan anak-anak, menantu dan adik beradik yang turut berada di rumah anakanda sulung almarhumah di Tmn Pulai Emas Kangkar Pulau Johor Bahru.

Hjh Painah adalah seorang isteri yang solehah kepada almarhum Hj Supian yang terlebih dahulu meninggal dunia. Semasa hidup Hjh painah, beliau seorang yang sangat menjaga ibadah. Baik akhlak nya terhadap keum keluarga, saudara mara dan sesiapa juga yang ditemui. Seorang yang prihatin dan suka menghulurkan derma dan membahagi-bahagikan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.


Seorang ibu yang sangat bertanggungjawab di dalam mendidik anak-anaknya terutama di dalam memelihara ibadat dan akhlak. Terpancar air tangah didikannya kepada anak-anaknya yang memiliki akhlak yang baik dan sentiasa bertanggung jawab dan menjaga hubungan kekeluargaan. Adaik-beradik anakanda Hj Painah dan Hj Supian dapat dilihat sentiasa bertemu dan menjalin persaudaraan yang intim.. Saling"berayan" di dalam menyempurnakan tugasan keluarga dan sentiasa bertolak ansur. Lahirnya sebuah keluarga yang rukun dan damai yang boleh dijadikan contoh buat masyarkat hari ini.

Samaada di kampung Permatang Sepam sebelum ini atau di Johor bahru, beliau juga menjadi guru mengaji kepada anak-anak kampung dan anak-anak jirannya. Tentunya amalan ikhlas beliau mendidik anak-anak mengaji akan menjadi penyuluh di persemadiannya.

Walaupun di dalam usia menjangkau 70an, Hjh Painah sering menziarahi anak-anak, adik beradik dan saudar-mara dari semasa ke semasa sebelum beliau disahkan tidak sihat oleh doktor. Buah tangan dan sedekah sentiasa menjadi ciri dan akhlak mulia yang dimiliki Hjh Painah di dalam siarah beliau. Jika da hasil kampun, pisang dan ubi adalah di antara buah tangan yang sentiasa dibahagi-bahagikan kerumah yang dikunjungi. Atau jajan dan roti untuk penyeri beliau menemui anak-anak dan cucu-cucunya yang sentiasa gembira  dengan kedatangan Hjh Painan.

Kini Hjh Painah yang disayangi anak-cucu, saudar mara, jiran dan rakan-rakan sudah meninggalkan kita semua. Semamang kiti iringi tangisan dihari pengkebumiannya, namun di hati kita semua kita terus panjatkan doa' dan pemergiannya diiringi dengan amalan-amalan mulia sepanjang hidupnya dan doa anak-anak yang soleh dan solehah serta sahabat handai dan kenalan. Insya ALlah roh Hjh Painah diterima dan ditempatkan Allah dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan para kekasih ALlah.

Doa Untuk Jenazah Allahyarhamha Hjh Painah bt Kandar

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهاُ وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهاُ واغْفِرْلنا ولهااللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Ya Allah, janganlah engkau hampakan kami dari mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah timpakan kami fitnah selepas pemergiannya, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa mayat ini. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan saudara seIslam kami yang telah mendahului kami, dan jangan jadikan hati-hati kami merasa dengki kepada orang-orang yang beriman. Sesungguhnya engkau Maha pengampun dan Maha Penyayang.