Friday, August 13, 2010

Aiman Terharu dan Sedih di Acheh Sumatera Utara




Muhammad Aiman Mohd Zin yang kini menuntut di UIA berkesempatan dan terpilih menjadi salah seorang pemuda Malaysia menyertai rombongan pertukaran belia ke Indonesia. Destinasi pada awal Ogos 2010 itu adalah 3 hari di Medan dan 7 hari di Acheh. Selain disambut oleh para Wali Kota di sana, Aiman sempat menziarahi dan melihat bekas peninggalan Tsunami beberapa tahun lalu. Trauma penduduk Acheh masih ketara. Bayangkan ada yang tinggal seorang dalam satu keluarga, yang lain meninggal dunia di dalam bencana dahsyat yang dimulai dengan kedatangan omak mencecah 30-40 kaki tingginya. Aiman begitu terharu dan sedih melihat rakyat Acheh yang masih berjuang untuk memulihkan kehidupan, namun yang sangat kagum ialah kuasa Allah yang menyelamatkan beberapa binaan Masjid sedangkan bangunan pasa dan perumahan di sekelilingnya habis ranap.
Semoga pengalaman yang ditimba berguna untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiyah yang memerlukan pengetahuan dan pengalaman luas demi pembbangunan ummah Islamiah hakikiah.

Ziarah 1 Ramadhan Yang Sangat Bermakna



Alhamdulillah ramadhan tahun ini Penegrusi Kelab kerjaya Kabare dapat datang menziarahi beberapa individu penting dalam KABARE. Mereka sekian lama menjadi pendorong kerukunan keluarga, motivator dan kaunselor dalam konteks yang tersendiri. 1 Ramadhan pagi (kebetulan cuti awam di Johor), bergerak dari Skudai bersama beberapa orang anak dan isteri. Singgah di .... baca lanjut di http://salamkabare.blogspot.com

Tuesday, August 10, 2010

Pastikan Ramadhan Istimewa Tahun Ini




Alhamdulillah ... dipagi yang hening ini dapat ku hidu keheningan dan keberkatan udara Ramadhan tahun ini ... isteri dan anak-anak dapat bersama bersyahur. Jamaah masjid berpusu menunaikan Solat Subuh ... di Masjid ku sempat bertaaruf dengan jamaah Tabhlig dari Manchester England. Malam tadi penuh sesak bertarawih ... ada yang bergegas balik kerana setiap inci lantai kawasan masjid sudah penuh. Alhamdulillah ... masyarakat kita masih SELESA melalui Ramadhan.


Nun di Beirut sahabat tercinta Hasanuddin Mohd Yunus (Wira Marvi Marmara & Pengerusi AQSA) sedang bertungkus lumus menabur bakti, mencurah keringat... demi berkongsi derita anak-anak yatim Palestin yang 'terbuang' untuk tatapan dan perkongsian dengan rakyat Malaysia apabila TV3 menayangkan siri "Bersamamu Palestin" di bulan Ramadhan yang Berkat ini. Semoga jihadmu ya akhie menjadi bukti keikhlasan mu dalam perjuangan. Semoga anak-anak dapat melihat betapa fikrah IKRAM bisa melahirkan jundullah.

Di sini ... gerak kerja dakwah terus bertunas dan melata. Di sana-sini, Semarak Ramadhan menemui ummat, berkongsi minda, berkongsi fikrah dan kesyahduan ... agar penegrtian Ramadhan benar-benar dimengerti. Teruskan usahamu ikhwah wa-akhawat, benih-benih yang subur Insya ALlah akan tumbuh mekar buat generasi penerus perjuangan.

Do'a buat yang diuji Allah, sedikit keperitan berada dikatil Hospital, tidak bisa berdiri sebaris ikhwah dalam tarawih, qiyam dan iftar. Insya ALlah itu hanya sementara, Allah akan izinkan kita akan bersama nanti. Rehatkan badanmu buat seketika, sabar dengan ujian, banyakkan berzikir. Allah lebih mengetahui hikmahnya.
Buat emak, abang Dolah, bik Pah yang sedang menjalani bengubatan; Rahimah & anak yang baru ditinggalkan insan tersayang, laluilah Ramadhan kali ini dengan sabar. Mungkin ianya tidak semanis Ramadhan sebelum ini, namun Allah lebih mengetahui hikmahnya, kerana Allah Tuhan kita dan kita perlu sentiasa redha di atas ketentuannya.


Suara sayup-sayup Al-Faateh & al-Fathy bertadarus di ruang tamu di pagi Ramadhan yang Mulia ini. Jazakaumullahukhairan para Murabbi Hidayah. Jihad dan pengorbananmu sudah terbayar ! Tahniah !,. Pastinya Ramadhanmu lebih bererti tahun ini. Semoga berlipat ganda keikhlasan dan ganjaran untukmu dariNya.

Petugas AQSA yang tidak henti-henti di bumi bertuah ini ... antum benar-benar memahami moto "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa". Allah melihat keikhlasan dan pengorbananmu. Tahniah & jazakumullahukhairan !


Buat anak-anak yang ku sayangi, penuhkan Ramadhan dengan amalan, doa dan istighfar.
Alhamdulillah, Ramadhan Istimewa Tahun ini, kerana Allah menizinkan persiapan kedatanganmu dimulai dengan kehadiranmu IKRAM.

Monday, February 15, 2010

Shifaa' Sertai R2J4




R2J4 (Road to Jawa 4) adalah program khas yang dibangunkan oleh Gen2, agensi di bawah Musleh di Johor bertujuan memberi peluang istimewa kepada lepasan SPM SMIH (Sek Men Islam Hidayah). Program merangkumi aspek pengisian minda, roh dan fizikal.
Aktiviti dijalankan di Malaysia dan Indonesia (Jawa). Pada tahun ini Shifaa' terpilih untuk menyertai R2J4.
Program di Malaysia dimulai dengan pengisian dalaman di UTM selama 2 minggu kemudian diikuti dengan projek fund-rising untuk mencari RM25,000.00. Seramai 47 pelajar kemudiannya dihantar ke Jawa (Jakarta, Jogjakarta dan lain-lain). Di Jawa pelbagai aktiviti kepimpinan, tarbiyah, khidmat masyarakat dan banyak lagi dijalankan.
Semoga Syifa' memanfaatkan pengalaman berharga untuk bukan sahaja menjadikan diri sebagai pemimpin ummah, juga perlu dikongsikan kepada adik beradik dan keluarga.