Saturday, December 19, 2009

Atok Emak di Hospital dan Mula Bernafas Tanpa Mesin

Atok Emak masih di hospital Serdang selepas 1 minggu dan beberapa hari di Klinik Pakar An-Nur Bangi. Seluruh keluarga yang berkampung di Bangi sentiasa mendoakan agar atok emak cepat sembuh. Berita lanjut di SINI.

Wednesday, December 16, 2009

Akidah Asas Pembentukan Keluarga

Tajuk ini nampaknya biasa, tetapi jika di teliti dalam kehidupan hari ini, ianya tak mudah dilaksanakan. Bagaimana kita dapat memastikan akidah dapat menjadi asas dalam kehidupan berkeluarga? Mudah sahaja dilaksanakan jika kita dapat menanamkan dan mempraktikkan hakikat Takitkan ALlah sebagai asas kehidupan berkeluarga. Adakah segala aktiviti dan persekitaran keluarga kita adalah suasana yang Takutkan Allah? Ini yang sukar dilaksanakan dalam keluarga. Di rumah sering juga kita adakan hiburan seperti nyanyian dan tayangan video atau filem dari kaca tv atau pemain cd. Apakah asas hiburan itu untuk semata-mata seronok atau ada batasan antara yang ALlah suka dan ALlah tak suka? Jika keluarga kita takutkan Allah, kita akan berusaha menghindarkan bentuk-bentuk hiburan yang bercanggah dengan Islam, hiburan yang melalaikan atau yang menyesatkan. Allah berfirman yang bermaksud "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka...". Ayah dan ibu sesungguhnya bertanggung jawab penuh untuk menghindarkan persekitaran rumah tangganya dari aktiviti yang dibenci Allah. Hiburan tidak ditegah di dalam Islam, tetapi hiburan seperti nasyid, video klip yang mendidik adalah antara contoh pendidikan berasaskan akidah. Anak-anak pula harus bersama-sama mengikut kehendak syara' (Islam) dengan berusaha menjayakan hasrat ayah dan ibu membentuk persekitaran Islam dalam keluarga. Wallahu'alam.

Monday, December 14, 2009

Atok Mak Menerima Rawatan di Hospital Serdang

Hari ini 15 Dis 2009, kami sekeluarga masih di Bangi (di rumah 'mak usu' UNITEN) kerana menziarahi Atok Emak yang sedang menjalani rawatan di CCU Hospital. Semua keluarga mendoakan semoga Atok Emak segera sembuh dan dapat bersama anak cucu seperti biasa. Berita lanjut di SINI