Monday, May 19, 2008

Nyai Sinah Di Adelaide Australia


Alhamdulillah kini hari kedua Nyai Sinah berada di Adelaide menziarahi anak bongsunya Mohd Za'i dan kelaurga. Nyai Sinah ditemani anaknya PM Dr Mohd Zin dan Ibu Cik Sapura. Insya ALlah Cik Sapuran yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD akan bersalin anak keempat. Mungkin Nyaii Sinah akan berada di Adelaide selama dua minggu.

Cuaca di Adelaide agak sejuk, suhu sekitar 17 deg. C. Gambar kelihatan Nyaii Sinah dan anak serta cucu bersiap untuk solat. Pemanas bilik kelihatan di hadapan bilik kerana suhu sejuk menyelubungi luar rumah dan masuk ke rumah juga.

Doa' kan Nyai Sinah sihat walaupun di Adelaide cuaca musim sejuk.

No comments: