Monday, May 19, 2008

Mula menjalankan tugas rasmi di University of Adelaide


AP Dr zin hari ini mulai melakukan tugasan rasmi iaitu ke Faculty of Architecture, Landscape & Urban Design, University of Adelaide. Kelihatan beliau sedang membentangkan kertas kerja kepada Profesor-profesor dan pelajar PhD di Adelaide. Beliau ditemani oleh Mohd Za'i. Sambutan dan layanan oleh pihak University di sana sangat memuaskan dan dr zin diberikan kunci bilik dan meja untuk menjalankan kerja-kerja di University of Adelaide sehingga 29 Mei 2008.
Dr Zin juga berkesempatan mengadakan perbincangan mengenai aktiviti penyelidikan dan akademik. Antara lain beliau meninjau hasil kerja-kerja pelajar architecture di University of Adelaide.
Mengenai kemudahan di fakulti, tiada makmal khusus di sini. Para pelajar Master dan PhD lazimnya terus menjalankan kajian dan penyelidikan di lapangan.

No comments: